jom chat

Wednesday 30 November 2016

rph 2

Pelan Pengajaran 2

Subjek                                    : Fizik
Tarikh                                    : 11 / 03 / 2019 ( Isnin)
Masa                                       : 9.00 pagi – 9.40 pagi (80 minit )
Tingkatan                              : 4A
Bilangan pelajar                    : 25
Topik                                      : Haba
Subtopik                                 : Hukum Gas
Objektif Pembelajaran         :Memberi kefahaman kepada murid tentang hubungkait diantara  tekanan gas dengan isipadu gas , tekanan gas dengan suhu dan isipadu gas dengan suhu .
                                                   .
Dapatan Pembelajaran         : Pada pembelajaran , murid dapat ;
        A .  Kandungan Masteri  ( domen kognitif )

              a) Menerangkan konsep bagaimana sifat perilaku molekul gas terhadap perubahan
                 tekanan gas , isipadu gas dan juga suhu gas tersebut .
              b) Menyelesaikan masalah berkaitan sifat perilaku molekul tersebut pada sesuatu
                   keadaan .

       B.  Membina sifat saintifik ( Domen Psikomotor ) 

              a) Membuat demonstrasi terhadap pelajar tentang apa yang dipelajari dalam teori
                  dengan menggunakan apparatus makmal atau simulasi .

       C.  Mengaplikasi cara saintifik dan sikap moraliti ( Domen Afeksi  )

              a) Komunikasi dua hala ( pelajar – guru ) .
              b) Pelajar aktif dalam gerak kerja kumpulan .
              c) Pelajar menggunakan kefahaman sendiri dalam menyelesaikan masalah .













Teori  :  Hukum Gas

Alat Bantuan Mengajar : Buku Teks , Plickers , Simulasi dan apparatus makmal .

Kefahaman Terdahulu : Konsep tekanan gas dalam ruang tertutup

Stratergi Pengajaran Utama : Kooperatif dan demonstrasi kepada pelajar









Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Guru
Pelajar


Permulaan


 (15 minit )












Pada ketika ini , Simulasi yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk memahamkan pelajar tentang
situasi :

tekanan gas berkadar songsang dengan isipadu

Isipadu berkadar songsang dengan suhu .

Tekanan gas berkadar terus dengan suhu.



Guru menunjukan video kepada pelajar sambl menerangkan dan bertanya kepada pelajar .















Pelajar menonton video tersebut dan tidak mencatatkan apa – apa untuk dibuat sebagai nota .


































Stratergi :

Nota tidak perlu dicatatkan semasa aktiviti ini berlangsung 

Kesan Positif :

Pelajar berasa lebih selesa untuk memahamkan konsep yang cuba disampaikan oleh guru .




























Susun atur semula
(20 minit)


Pada ketika ini , guru akan memberi pengajaran konsep - konsep kepada pelajar dan membuat hubung kait matematik yang wujud pada papan putih :

Persamaan matematik untuk hukum gas:

Hukum
Boyle :

P = 1 / V
Bila suhu tidak berubah .

Hukum Charles’ :

 V / T
Bila tekanan gas tidak berubah

Hukum Guy-Lussac :

P / T
Bila isipadu tidak berubah

Gabungan kesemua hukum gas :

P V = T
( konstan)
(1)

V / T = P
( konstan )
(2)

P / T = V
( konstan )
(3)

Menmonik ketiga – tiga persamaan  :

 









Cara penggunaan :
Jari menutup mana - mana parameter yang konstan



Guru melukis gamba rajah pada papan kenyataan berkaitan isi kandungan yang diajar .

Guru juga memberikan demonstrasi bagaimana hubungan
Matematik tunggal yang menggabungkan kesemua hukum gas dalam mnemonik yang mudah diingati dan difahami pelajar

Guru membuat sedikit imbas kembali kefahaman matematik tentang apa yang dimaksudkan dengan berkadar songsang dan berkadar terus dan menulisnya pada papan putih .

Semua aktiviti guru pada sesi ini akan berlakunya soal dan jawab diantara guru dan murid .







Pelajar dibenarkan untuk menulis nota dan bertanya kepada guru tentang ketidafahaman mereka .

Stratergi :

Nota yang ditulis oleh  boleh dalam bentuk apa jua keadaan

Kesan Positif :

Melatih pelajar membuat nota berdasarkan kefahaman mereka sendiri dan bukannya nota yang ditulis oleh guru .





Aplikasi idea 
(20 minit)


Kapal selam boleh tenggelam dan timbul
 ( Hukum Boyle )

Belon udara panas semakin naik ke udara sekiranya pembakaran gas helium lebih banyak berlaku
 ( Hukum Charles )

Keadaan tayar kenderaan setelah perjalanan yang lama menjadi nipis dan licin .
( Hukum Guy-Lussac )








Guru menunjukkan simulasi tentang bagaimana situasi kapal selam , belon udara panas dan  itu boleh berlaku dengan pemahaman hukum gas  .

Guru akan membantu pelajar dengan bertanyakan bagaimana proses tersebut berlaku menggunakan kefahaman yang telah dipelajari .


Murid tidak dibenarkan membuat nota.

Murid bertanya kepada guru . Idea – idea yang lain atau permasalahan pelajar dalam kehidupan seharian mereka berkaitan subtopik ini dialu - alukan





Stratergi :

Guru memberikan ruang kepada pelajar untuk bertanya atau memberikan idea yang unik tentang aplikasi subtopik ini .

Kesan Positif :

Pelajar akan lebih memahami  kerana teori yang dipelajari dapat digunakan dalam permasalahan kehidupan seharian mereka .

           

Refleksi
( 30 minit )








Persamaan (1) sehingga (3) diulang kembali secara ringkas .
Mnemonik segi tiga diterangkan semula cara penggunaannya oleh guru .



Guru akan memberikan latih tubi kepada pelajar dalam bentuk interaktif ( plickers ) dan memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya dan membuat pengajaran secara individu dalam bilik darjah .


Pelajar membuat latih tubi yang diberikan oleh guru .

Mana – mana pelajar yang masih tidak faham boleh berjumpa dengan guru secara individu





Stratergi :

Pelajar diberi masa untuk menjawab latih tubi .

Pelajar bebas bertanyakan soalan kepada guru .

Kesan Positif :

Membuka minda pelajar terhadap subtopik ini .




Friday 19 December 2014

Proses Penghapusan Bintang-bintang








Lihat gambaran  Al Quran mengenai bintang-bintang yang berjatuhan dan penghapusan bintang-bintang tersebut seperti-
Firman Allah SWT:

وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ

Maksudnya: "Dan apabila bintang-bintang berjatuhan." (Takwir :2)

Dan dalam surah lain Allah berfirman :

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ
"Dan apabila bintang-bintang itu dihapuskan." (Mursalat : 8)

Ilmu metafizik diketahui oleh manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawasanya fasa perjalanan bintang-bintang melewati fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan. 
Bintang merupakan benda-benda angkasa yang berpijar (menyala-nyala), bersinar,dan bercahaya denagn sendirinya dan salah satu penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan reaksi penggabungan nuklear kerana panasnya inti bintang yang ada di dalam bintang tersebut. 

Apabila inti bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melewati dua gumpalan proses  awal sebagaimana partikel pertama, yakni adakalanya ia akan meledak dan memancarkan cahaya. Bintang seperti ini dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang yang berakumulasi dengan dirinya sendiri.



Apabila bintang tersebut berakumulasi terhadap dirinya maka bintang tersebut akan membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat lepas dari kungkungannya,akan tetapi sebelumnya bintang-bintang itu berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan kemudian bintang itu menghilang dengan sempurna.
Firman Allah SWT: "Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tenggelam" (Takwir: 15-16)

Ayat ini membahas permasalahan yang sama seperti di atas.Maha suci Allah !

Sumber: Cahaya di Atas Cahaya

Antara Sinar & Cahaya


Masa di mana ilmu metafizik tidak dapat membezakan di antara sinar dan cahaya, kita menemui konsep sains al Quran dalam masalah ini salah satunya Al Quran menerangkan tentang matahari. Al Quran mengilustrasikan matahari sebagai sinar dan menggambarkan bulan sebagai cahaya,ini adalah satu bentuk ayat wasfiyah,sebagaimana Firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya..."(Surah Yunus : 5)

Sinar adalah suatu yang terpancar langsung dari benda yang terbakar serta bercahaya dengan sendirinya manakala sinar ini jatuh pada benda yang gelap maka sinar tersebut akan memancar.
 تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجاً وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجاً وَقَمَراً مُّنِيراً

Maksudnya: "Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir." (surah al-Furqan ayat 61)

Hal yang sama ditekankan dalam surah al-Nabak ayat 13 yang bermaksud, "Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari)."

Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, "Tidakkah Kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj."

Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic, siraj diertikan sebagai 'lamp', 'light' yang bermaksud 'pelita', 'lampu,. Makna wahaaja pula adalah burn, blaze, flame yang bermaksud membakar, menyala, berapi. Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku di dalamnya.
Nuur diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau. Muniir pula diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia mamantulkan cahaya matahari yang menimpanya.













Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Mengikut al-Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya, sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya.

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya.



Perbezaan jelas antara sinar dan cahaya sudah diterangkan oleh Allah SWT 1400 tahun silam yang menjadi penegas bagi mukjizat sains Al Quran Al Karim.
Sebenarnya ilmu metafizik yang ada dalam kehidupan kita waktu ini merupakan akumulasi ilmu pengetahuan di kurun ke 21 tetapi baru beberapa tahun terakhir sahaja ilmu metafizik dapat membezakan di antara sinar dan cahaya.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin