jom chat

Friday, 19 December 2014

Proses Penghapusan Bintang-bintang








Lihat gambaran  Al Quran mengenai bintang-bintang yang berjatuhan dan penghapusan bintang-bintang tersebut seperti-
Firman Allah SWT:

وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ

Maksudnya: "Dan apabila bintang-bintang berjatuhan." (Takwir :2)

Dan dalam surah lain Allah berfirman :

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ
"Dan apabila bintang-bintang itu dihapuskan." (Mursalat : 8)

Ilmu metafizik diketahui oleh manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawasanya fasa perjalanan bintang-bintang melewati fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan. 
Bintang merupakan benda-benda angkasa yang berpijar (menyala-nyala), bersinar,dan bercahaya denagn sendirinya dan salah satu penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan reaksi penggabungan nuklear kerana panasnya inti bintang yang ada di dalam bintang tersebut. 

Apabila inti bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melewati dua gumpalan proses  awal sebagaimana partikel pertama, yakni adakalanya ia akan meledak dan memancarkan cahaya. Bintang seperti ini dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang yang berakumulasi dengan dirinya sendiri.



Apabila bintang tersebut berakumulasi terhadap dirinya maka bintang tersebut akan membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat lepas dari kungkungannya,akan tetapi sebelumnya bintang-bintang itu berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan kemudian bintang itu menghilang dengan sempurna.
Firman Allah SWT: "Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tenggelam" (Takwir: 15-16)

Ayat ini membahas permasalahan yang sama seperti di atas.Maha suci Allah !

Sumber: Cahaya di Atas Cahaya

Antara Sinar & Cahaya


Masa di mana ilmu metafizik tidak dapat membezakan di antara sinar dan cahaya, kita menemui konsep sains al Quran dalam masalah ini salah satunya Al Quran menerangkan tentang matahari. Al Quran mengilustrasikan matahari sebagai sinar dan menggambarkan bulan sebagai cahaya,ini adalah satu bentuk ayat wasfiyah,sebagaimana Firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya..."(Surah Yunus : 5)

Sinar adalah suatu yang terpancar langsung dari benda yang terbakar serta bercahaya dengan sendirinya manakala sinar ini jatuh pada benda yang gelap maka sinar tersebut akan memancar.
 تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجاً وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجاً وَقَمَراً مُّنِيراً

Maksudnya: "Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir." (surah al-Furqan ayat 61)

Hal yang sama ditekankan dalam surah al-Nabak ayat 13 yang bermaksud, "Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari)."

Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, "Tidakkah Kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj."

Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic, siraj diertikan sebagai 'lamp', 'light' yang bermaksud 'pelita', 'lampu,. Makna wahaaja pula adalah burn, blaze, flame yang bermaksud membakar, menyala, berapi. Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku di dalamnya.
Nuur diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau. Muniir pula diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia mamantulkan cahaya matahari yang menimpanya.













Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Mengikut al-Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya, sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya.

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya.



Perbezaan jelas antara sinar dan cahaya sudah diterangkan oleh Allah SWT 1400 tahun silam yang menjadi penegas bagi mukjizat sains Al Quran Al Karim.
Sebenarnya ilmu metafizik yang ada dalam kehidupan kita waktu ini merupakan akumulasi ilmu pengetahuan di kurun ke 21 tetapi baru beberapa tahun terakhir sahaja ilmu metafizik dapat membezakan di antara sinar dan cahaya.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

Kehidupan daripada Air


Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, 
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.
Molekul Air

Air Asas kepada Segala Hidupan?
Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga penting bagi hidupan-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud, "Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998, di segmen Sci/Tech bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9 000 kaki di bawah lautan Atlantik. Di situ para saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya, mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.

Setiap hidupan  terbina daripada sel dan kehidupan sel bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, justeru tidak boleh wujud sebarang hidupan tanpa air.

Kesemua penemuan ini menunjukkan kenyataan al-Quran bahawa segala kehidupan bermula daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian sains.

SumbeR : Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

Orbit Mengelilingi Galaksi


Secara umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan objek-objek di langit, ayat-ayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya (seperti yang dibicarakan sebelum dalam tajuk 'Orbit-orbit bumi dan objek di langit, sebelum ini). Adakah ini menunjukkan tidak wujud putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?

Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan, 


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 


Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajri bermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. 

Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

Bergurulah

Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan seseuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru. Guru itu baik sama ada sesama manusia atau pun dengan makhluk yang lain.
Pandainya seseorang itu kerana ia belajar dan menuntut. Kerana ada guru memberitahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah S.A.W., manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca Qalamu’llah yang dizahirkan iaitu “Iqra'”.

Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan ilmu.
Seperti disebut tadi, guru atau sumber mendapat itu bukan terbatas kepada manusia sahaja. Seluruh isi alam ini termasuk haiwan juga adalah sumber ilmu kepada manusia. Misalnya Habil adik kepada Qabil belajar daripada burung gagak begaimana hendak mengambuskan mayat adiknya setelah dibunuh. Mungkin kalau Qabil tidak melihat gagak, dia kematian akal untuk menyembunyikan mayat adiknya itu.
Kesimpulannya di sini seseorang yang mahu jadi cerdik, ointar, bijaksana, hatta mengenali dirinya sendiri dan Allah dia kena belajar. Dia harus mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa seseorang yang bertindak demikian (guru) dia pasti tidak akan pandai dan tahu.
Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seorang insan dilahirkan ke dunia terus cerdik dan mengerti tentang peraturan hidup di dunia. Semuanya terlebih dahulu kena ditunjuk, kena diajar, kena dibimbing dan kena dikembangkan ilmunya lepas itu baru ia menjadi pandai dan tahu.
Bila disebut guru pula akan terlintas dalam benak kita tentang manusia. Pada umumnya manusia itulah yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang paling sempurna. Anggapan demikian terlalu umum. Memang sebaik-baik guru itu manusia. Kerana manusia itu sebaik-baik kejadian.
Tetapi dalam pada itu kita harus sedar, bahawa tanpa bantuan makhluk lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala hal. Allah menjadikan makhluk ini untuk saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan atau menjadi cermin (guru) sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu.
Firman Allah Ta’ala…….
“Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmatKu.”
Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk lain. Haiwan misalnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan bantuan daripada manusia untuk hidup dengan subur dan selamat.
Pun begitu juga dengan manusia sendiri. Ianya memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada makhluk lain sebagai sumber untuk dia memperolehi ilmu pengetahuannya. dari gerak geri dan tabii haiwan, manusia boleh mempelajari ilmu tertentu. Dari desir angin dan deruan ombak di pantai, manusia akan dapat mengetahui rahsia mengenai sesuatu kejadian Allah.
Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu tidak semestinya manusia. Malahan seluruh isi alam ini boleh bertindak menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus pentafsiran kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itu secara yakin dan nyata lagi.
Tanpa bantuan alam dan makhluk, manusia tidak mungkin dapat mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri dan isi alam ini. Kalau manusia dapat menguasai seluruh ilmu. Misalnya, bagaimana manusia dapat mempelajari ilmu silat harimau? Tidak mungkin manusia akan pandai dengan sendirinya tanpa ia terlebih dahulu (berguru) memerhati silat itu daripada harimau.
Begitu juga untuk kita menguasai ilmu berenang seperti ikan. Kita tidak memperolehi ilmu atau cara-cara berenang yang baik tanpa mengamati pergerakan ikan. Dengan melihat, meniru, memerhati cara-cara ikan bergerak, mengibas sirip, ekor dan badan, maka membolehkan kita pandai berenang seperti ikan.
Ada pun cara dan kaedah kita belajar (berguru) dengan haiwan itu tidaklah seperti mana kita berguru dengan manusia, yang mempunyai adat-istiadat tertentu. Kita tidak payah sujud dan hormat kepada mereka, cukup setakat memerhati segala kelakuan dan feel perangai mereka sahaja, kemudian kita tafsirkan untuk keperluan kita.
Belajar dengan haiwan atau makhluk lain, kita cuma kena mengkaji apakah tujuan Allah menjadilannya. Kita kena banyak berfikir dan pandai mentafsir. Dalam kata lain, berguru dengan makhluk lain lebih rendah martabatnya dari kita, merupakan satu aktiviti untuk mengasah otak agar lihat, berfikir dan sensitif untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Jadi di sini dapat disimpulkan untuk menjadi pandai, wajib belajar. Tanpa guru, kita tidak menjadi pandai. Bagaimana bijak sekalipun seseorang itu kalau ia tidak dibimbing dan dipandu dia tidak akan menjadi. Ia tidak muncul manjadi seorang hamba yang baik dan sempurna.
Dalam sebuah hadis Nabi ada menyebut…….
“Barangsiapa belajar dengan tidak berburu, umpama ia belajar dengan syaitan.”
Maknanya mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya. Kerana bila kita menurut kehendak hati, kita jadi lebih mementingkan diri kita daripada kehendak orang lain.
Justeru itu untuk menjadi manusia yang kamil, sempurna dan berada di atas jalan “siratalmustaqim”, hendaklah kita berguru. Carilah seorang guru atau pun belajarlah dengan alam semesta ini untuk kebaikan. Janganlah berbuat sesuatu tanpa panduan dan nasihat sesiapa. Kerana dengan cara itu menyebabkan kita bersyubahat dengan “syaitan” dan melakukan sesuatu di atas kehendak nafsu serakah kita sendiri.
Bila sebut sahaja guru, tidak ada guru yang paling bagus melainkan manusia. Manusialah sebaik-baik guru kepada manusia. Lagi pun memang telah menjadi tugas manusia, ia dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi guru, petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi alam.
Manusia sahajalah yang arif dan bijak kerana ia diberikan keistimewaan itu oleh Allah Ta’ala.
FirmanNya…….
“Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”
Az Zariat 56
“Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.”
Al Baqarah 30
Manusialah yang layak untuk menjadi guru. Berguru dengan manusialah yang boleh membawa kepada kebenaran yang sebenarnya. Tidak ada guru yang paling baik dan sempurna melainkan manusia. Hakikat ini tidak perlu diragui lagi kerana Allah sendiri menyatakan kebaikan dan ketinggian darjat manusia itu.
“Sebaik-baik kejadian ialah manusia.”
Dalam pada itu tidak pula bererti guru itu boleh didatangi begitu sahaja. Atau pun semua manusia yang digelar guru itu baik, sempurna dan bijak. Bukan! Bukan bermakna bila orang itu dipanggil guru, maka ia terus menjadi seorang guru yang pandai dan berwibawa. Sebaliknya kita kena perhati betul-betul pada seseorang guru itu agar kita tidak salah memilih guru.
Dalam dunia moden hari ini ramai orang yang mengaku menjadi guru. Atau ramai orang diangkat martabatnya menjadi guru. Ini tidak hairan kerana pada akhir zaman ini, semua bidang kehidupan telah diperalatkan oleh manusia, termasuk juga bidang keagamaan (perguruan). Kerana dengan menjadi guru membolehkan seseorang itu akan disanjung dan kebajikan kehidupan mereka juga akan dijaga.
Hari ini terdapat ramai orang telah memperniagakan ilmu agama untuk kepentingan diri. Mereka mengaku pandai dalam bidang agama lalu membuka kelas pengajian. dari kelas itu mereka kaut keuntungan dengan meminta wang dan imbuhan daripada anak murid dengan menggunakan berbagai alasan. Padahal mereka tidak mempunyai kelayakan, apa lagi ilmu untuk diajar kepada orang ramai.
Justeru itu janganlah kita mudah menerima seseorang uyang belum kita kenal sebagai Guru Mursyid. Janganlah mudah terpesona dan kagum dengan cakap-cakap guru. Kita jangan terus mempercayai pada kata-kata orang bergelar guru sebelum kita mengukur sejauh manakah ketinggian dan kedalaman ilmu yang dimilikinya.
Sering kali terdengar kisah mengenai guru kebas wang murid. Atau pun guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan sesuatu “skandal”. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah guru mengarut. Guru yang “diturunkan” untuk mengambil kesempatan dan memperniagakan ilmu untuk kepentingan diri sendiri.
Maknanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan terhindar dari kena tipu, kita hendaklah mencari guru yang Mursyid. Guru yang benar-benar mengajar kerana Allah. Yang tidak bertopeng dengan wajah-wajah kepalsuan dan juga memperalatkan ilmu untuk kepentingan diri.
Hanya Guru Mursyid sahaja yang dapat menjamin kita memperolehi ilmu yang sebenarnya. Yang mampu membimbing kita ke jalan “sirattalmustaqim”. Kita juga akan selamat daripada terlibat dengan perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak senonoh seperti penipuan, skandal dan difitnah mengamalkan ajaran sesat, ajaran songsang dan ajaran salah.
Hanya dengan Guru Mursyid sahaja kita mendapat ilmu sebenarnya. Ilmu Haq. Kerana seorang Guru Mursyid tidak akan menipu anak muridnya. Guru Mursyid guru yang mewarisi ilmu daripada Rasulullah S.A.W. dan memegang amanah ilmu Rasulullah S.A.W. untuk disebarkan dan diajarkan kepada umatnya. Guru Mursyid guru yang mengajar berlandaskan Al-Quran, Hadis dan hasil pengalamannya sendiri.
Maka carilah Guru Mursyid kalau berhajat untuk menjerumuskan diri belajar mengenal diri dan mengenal Allah. Tanpa seorang Guru Mursyid, kita bukan sahaja sia-sia dan tidak mengenal diri dan Allah sebaliknya diri kita juga akan tertipu oleh syaitan dan kemungkinan turut sama terperosok ke dalam Neraka.
Guru Mursyid ialah yang menjelma dan lahir daripada rahim para Ulama’ yang ikhlas, jujur, taqwa dan berIman kepada Allah kerana Allah. Ulama yang menguasai keempat-empat cabang ilmu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat serta yang menghiasi dirinya dengan bunga-bunga akhlak dan perangai Rasulullah S.A.W.








Wallah hu ta’ala a’lam……

Su'uzon Dan Husnuzon










I. SU’UDZON
A.PENGERTIAN SU’UDZON
1.Menurut bahasa
             Suu’udzan berasal dari bahasa Arab,yaitu as-suu’u dan adz-dzonn.as-suu’u artinya semua yang buruk,atau Semua yang menjadikan manusia takut, baik dari urusan dunia maupun urusan akhirat.sedangkan adz-dzonn artinya ragu,menyangka,tahu yang tidak yakin atau yakin.
2.menurut istilah
            Su’udzon menurut istilah ialah prasangka yang menjadikan seseorang mensifati orang lain dengan sifat yang tidak disukainya tanpa dalil.

B.SU,UDZAN DALAM PANDANGAN ISLAM
a. Haram
   1. Su’udzon kepada Allah. Allah berfirman: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-     orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)” (QS 6: 116)
   2. Su’udzon kepada Rasul
   3. Su’udzon kepada orang-orang Mukmin yang dikenal dengan kebaikannya. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah berdosa.” (49: 12)
b. Wajib.
   1. Wajib su’udzon kepada orang kafir yang terang-terangan dengan kekufurannya dan permusuhannya kepada Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin yang shaleh. Allah berfirman:
“Bagaimana bisa (ada perjanjian dari sisi Allah dan Rasul-Nya dengan orang-orang musyrikin), padahal jika mereka memperoleh kemenangan terhadap kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan terhadap kamu dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian. mereka menyenangkan hatimu dengan mulutnya, sedang hatinya menolak. dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik (Tidak menepati perjanjian).” (QS 9: 8)
    2. Su’udzon kepada orang Muslim yang dikenal terang-terangan berbuat maksiat, menghalangi jalan Allah dan tidak komitmen terhadap Islam.
C.CARA MENGHILANGKAN SU’UDZAN
1.Paksakan untuk husnudzan minimal 72 kali dalam sehari
         Husnudzan adalah kebiasaan baik,dan kebiasaan baik akan menghilangkan kebiasaan buruk.
2.Tinggalkan asupan negatif
       Agar kebiasaan su-udzan berangsur hilang,maka tinggalkan asupan negatif kepada diri kita ,misalnya televisi.karna berita dan informasi di televisi 99% adalah kebohongan,dan 1% meragukan.selain itu kita juga harus meninggalkan gibah,gosip,dan berita buruk.karena hal itu akan membuat pikiran atau prasangka kita menjadi buruk.
3.merubah kata-kata yang diucapkan
       Misalnya:- BERAT menjadi TIDAK RINGA
                         -SUSAH menjadi TIDAK MUDAH
4.ubah kata-kata berenergi rendah ke energi tinggi
        Misalnya: Lumayan → Bagus → hebat → Luarbiasa →Dahsyat
5.Bertanya pada diri sendiri
       Misalnya: saya ingin dikenang sabagai apa?
                        Jawab: saya ingin dikenang sebagai ahli ibadah.
       Dengan begitu kita tidak akan su’udzan kepada diri kita dan juga kepada Alloh.
6.Dzikir kepada Alloh(dimana pun,kapan pun dan dalam komdisi apa pun)
7.Menikmati sholat kita(khusu’)
ll.HUSNUDZAN

A.PENGERTIAN HUSNUDZON
      Husnuzan secara bahasa berarti “berbaik sangka”  lawan katanya adalah su’uzan yang  berarti berburuk sangka . Husnuzan adalah cara pandang seseorang yang membuatnya melihat segala sesuatu secara positif, seorang yang memiliki sikap husnuzan akan mepertimbangkan segala sesuatu dengan pikiran jernih, pikiran dan hatinya bersih dari prasangka yang belum tentu kebenaranya.

 B. MACAM-MACAM HUSNUZAN
1. Husnuzan Kepada Alloh
      Salah satu sifat terpuji yang harus tertanam pada diri kita adalah sifat husnuzan kepada Allah, sikap ini ditunjukan dengan selalu berbaik sangka atas segala kehendak allah terhadap kita selaku  hamba-Nya.karen kita tahu apa rancana kita tapi kita tidak tahu apa yang Alloh rencanakan kepada kita,dan rencana Alloh itu salalubaik.
      Kita harus selalu  berpikir optimis,dan yakin bahwa rahmat dan karunia yang diberikan Alloh kepada kita tidak akan pernah putus. Sebagaimana Firman Allah Swt :

                وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ
“Dan rahnat ku meliputi segala sesuatu” (Q.S.Al-A’raf : 156)

sebab semua yang diberikan oleh Alloh, baik berupa kenikmatan maupun cobaan tentu mengandung banyak hikmah dan kebaikan. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam sebuah Hadits Qudis yang artinya :
“Selalu menuruti sangkaan hamba ku terhadap diriku jika ia berprasangka baik maka akan mendapatkan kebaikan dan jika ia berprasangka buruk maka akan mendapatkan leburukan” (H.R.at-Tabrani dan Ibnu Hiban).

2. Husnuzan terhadap Diri Sendiri
        Perilaku husnuzan terhadap diri sendiri artinya adalah berperasangka baik terhadap kemampuan yang dimilki oleh diri kita sendiri. Dengan kata lain, senantiasa percaya diri dan tidak merasa rendah diri di hadapan orang lain. Orang yang memiliki sikap husnuzan terhadap diri sendiri akan senantiasa memiliki semangat yang tinggi untuk meraih sukses dalam setiap langkahnya. Sebab ia telah mengenali dengan baik kemempuan yang dimilikinya, sekaligus menerima kelemahan yang ada pada dirinya, sehingga ia dapat menetahui kapan ia harus maju dan tampil di depan dan kapan harus menahan diri karena tidak punya kemampuan di bidang itu.
3. Husnuzan terhadap Sesama Manusia
        Husnuzan terhadap sesama manusia artinya adalah berprasangka baik terhadap sesama. Semua orang dipandang baik sebelum terbukti kesalahan atau kekeliruannya, sehingga tidak menimbulkan kekacauan dalam pergaulan.
C.DAMPAK HUSNUDZAN
1.Untuk pribadi
   - Selalu bersyukur atas nikmat Alloh yang diberikan.
   - Selalu bersabar atas cobaan yang datang.
   - Selalu melihat sisi positif dari peristiwa yang terjadi.
   - Bisa mengenal hakikat kebenaran.
   - Bisa mengundang keberuntungan.
2.Sosial
    - Akan timbul saling mempercayai diantara sesama.
    - Akan timbul saling mendukung diantara sesama.
    - Terciptanya keterbukaan.
    - Akan timbul perporma baik.

Kepentingan Berfikir

Apakah  kepentingan kepada kita?
Berfikir sangat penting dan memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian khususnya dalam dunia yang serba mencabar, berteknologi tinggi, dan kepelbagaian budaya yang rencam sifatnya.
Oleh yang demikian, kita patut menguasai kemahiran berfikir khususnya berfikir pada aras yang lebih tinggi (Higher Order Thinking). Antara kepentingan berfikir ialah ;
1.       Dapat mengelakkan kesilapan berfikir.
       Terdapat 4 kesilapan berfikir yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang yang dikenalpasti ;
a)      Terburu-buru yakni tidak menggunakan masa untuk meneliti unsure-unsur yang terlibat.
b)      Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan.
c)       Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan  pemikiran secara jelas.
d)      Celaru : tidak dapat mempertimbangkan  semua faktor secara sistematik dan teratur.
      2.       Dapat meningkat pemikiran secara kritis dan kreatif
3.       Memperkembangkan daya inteleK
4.       Memupuk pembelajaran berdaya fikir
5.       Kepentingan global, nasional dan individu

Bagaimana kemahiran berfikir dalam diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ?
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru menerapkan kemahiran berfikir adalah penting. Para guru seharusnya memahami situasi murid atau pelajar dan juga kelasnya. Mengikut rajendran dlam bukunya HOTS berkata kanak-kanak mempunyai perbezaan atara satu sama lain, begitu juga dengan biklik darjah. Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum prose berfikir dapat dilaksanakan.
Apakah yang perlu para guru lakukan?
Rajendaran menyarakan beberapa perkara yang perlu diteliti oleh para guru iaitu ;
1.       Reflect on their pedagogical practices
2.       Dispositions
3.       Pengethuan dan kemahiran
4.       Perancangan – masa utk sesuatu soalan, perbincangan dll
5.       Teks-teks terpilih
6.       Time for instruction
7.       Persekitaran  yang sesuai dalam bilik darjah

adakah pembaris perlu wujud?


 ..perlu...tpi  bayangkan kalau kita wat garis no 0 -10 setiap senggatan adalah sebanyak 1.0 bukan?next , cuba kita wt lak senggatan antara garis no 0 - 1 ... 0.1?ok next , 0-0.1 , 0.01? tgok  , bnda ni akan melarat sampai kita x tau bila jawapannya dan ini salah satu cara mudah kte nk faham idea limit , :-

contoh..f(x) = x+2 ...  cari limit f(x) bila x=1....so daripada kefhmn kte dlm kelas...kte ley cari jawapnnya IF lim left=lim right so subs je dan 1+2=1+2  lim exist dan  jawapan betul tpi mcm ni nmpak cm x brape clear . so kalau kte wt  0.99999999999999999999999999999999+2 (LHS) = 1.0000000000000000000000000000000000000001 + 2 (RHS)..cer tgok answer..value 0.99999999999999........ 999 tu just  nk tunjuk disin yang dari sebelh kiri , jarak antara nombor 0.99 dan 1 sebenarnya ada lagi nilai nye dan bukannya buta2 lompat dari 0.99 ke 1 terus seperti mana idea limit ...overall, pembaris  perlu sebab ianya dicipta untuk mengukur mengikut keadaan apa yang diukurnya.

open dan closed mind






OPEN mind



  • sonok selesaikan masalah ( sebab dapat tengok others of point of view )
  • belajar kawal ego ( bukak peluang untuk benda yang kita x minat )
  • matang 
  • selalu senyum? ( maybe but depends on dye punye personaliti )
  • terlalu open sangat x best gak ( sebab susah nk buat keputusan )
  • kaya dengan pemikiran positif ( ter ' effect ' oleh point no. 1 )
  • ia depends pada persekitaran


closed MIND



  • dapat tgok masalah secara details ( sebab fokus >50% berkaitan masalah tu je ) 
  • passion dalam satu benda ( hidup dalam dunia sendiri , maybe )
  • pendirian yang teguh ( prinsip ego yang baik )
  • ia depends pada persekitaran 

exam vs minat





Assalamualaikum , exam nk dekat dah... ..... ada  functionnye study week ..ok , exam actually salah satu interpretation yang FORMAL untuk seseorang mengetahui tahap kepandaian  or  kefahaman kita dalam sesuatu hal . Tak dinafikan , di Malaysia kita x der cara lain selain korang jadik someone yang besor2 ( menteri2 ) or korg berani melawan sistem pendidikan negara kita ni untuk menguji sejauh mana tahap intelektual seseorang itu .  ok tinggalkan benda tu berbalik pada tajuk ... belajar SEBAB exam or sebab memang betul2 ko minat? 50-50? mungkin exam?mungkin minat? bagi aq..kedua2 penting untuk SURVIVE dalam hidup ni tpi itula punca sampingannya , sebab kita nak SURVIVE ..kan?tpi secara PUREnye , jgn takut jika exam ko KANTOI but ko WAJIB CUAK bila ko x tau apa yang ko minat tu penting ...betul , kalau kte dh minat sesuatu tu , rse malas akan berkurang sebab MINAT itu sendiri . Walaupon kadang2 tu nmpak mcm kita ni terOVER dengan apa yang kita belajaq.Sebagai contoh , bayangkan ko minat fesyen..kalau orang tu memang betul dengan perasaannya , dye akan pakai je fesyen apa yang dye suka tanpa orang lain pikir pasal diri dye .biaq la apa orang lain kata bukannya dyeorang yang tentukan outcome dalam pale otak kita.. overall , minat lagi penting dari exam 

gravity


Kenapa kita tidak boleh berfikiran kreatif?




Kadang-kadang kita akan menghadapi kekurangan idea dan tidak berfikir lebih kreatif untuk mencapai sesuatu objektif. berikut merupakan antara tips yang boleh membantu kita jika kita sukar untuk berfikir dengan kreatif:
Berehat – Seseorang yang terlalu fokus dan memaksa dirinya untuk mengetahui keputusan yang bakal diperolehi akan menyebabkan anda terlepas skop yang penting. Hal ini kerana, apabila seseorang stress berfikir untuk mengejar kreativiti, kemungkinan individu demikian akan terlepas perkara yang lebih penting. Dengan itu, adalah lebih baik jika berehat terlebih dahulu dan tenangkan fikiran. Fikiran yang tenang akan memudahkan anda berfikir dengan lebih kreatif tanpa menghadapi sebarang tekanan.
Elakkan Menjadi Terlalu Takut – Anda akan gagal sekali-sekala, tetapi kegagalan bukan pengakhiran. Malahan, kegagalan adalah salah satu cara paling cepat untuk mencari idea-idea yang berjaya. Untuk memetik salah seorang penulis kegemaran saya dan pakar-pakar kebarangkalian cemerlang, Nassim Nicholas Taleb: “. Satu ribu hari tidak boleh membuktikan anda betul, tetapi satu hari boleh membuktikan anda untuk menjadi salah”
Mengetahui Tujuan – pastikan anda mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Jika anda mempunyai tujuan, ia akan memudahkan anda berfikir lebih bernas dan menuju ke pencapaian idea iaitu yang akan membawa perlaksanaan untuk mencapai matlamat demikian. Jika individu tersebut tidak mengetahui apa yang ingin dicapai, sudah tentu akan lebih sukar untuk menjana idea.
Melihat persekitaran anda – lihat persekitaran anda kerana ia akan mempengaruhi dan mendatangkan idea di dalam fikiran. Contohnya, duduk di taman yang tenang akan merangsang pemikiran anda yang bersesuaian dengan matlamat anda. Sekeliling anda merupakan idea yang akan membantu anda menjadi lebih kreatif.





\

Barangan terbuang ==> barangan tak terbuang