jom chat

Friday, 19 December 2014

Kedudukan Zarah - Hanya Kemungkinan dan Kebarangkalian.










Atom yang kita belajar disekolah adalah seperti planet-planet mengelilingi matahari dimana elektron berputar mengelilingi nukleus yang terdiri daripada neutron dan proton. Walaupun konsep ini diterima pakai untuk menjelaskan kelakuan atom dan bagaimana ia boleh berinteraksi dengan atom-atom lain untuk membentuk molekul dan seterusnya membentuk semua benda disekeliling termasuklah tubuh badan manusia itu sendiri, hasil dari kajian dan eksperimen terbaru atom tidak terbentuk sebegitu rupa, lebih kepada abstrak, suatu yang tidak boleh dijelas atau digambarkan, malah untuk menentukan kedudukan dan perilaku zarah-zarah didalamnya atom itu sendiri hanyalah dapat dilakukan dengan bahasa metematik dan formula yang didalam perkiraannya juga hanyalah memberikan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja dimana zarah-zarah itu berada. Seperti mana kita mengetahui dalam pelajaran klasik mekanik iaitu teori partikel yang diperkenalkan oleh Sir Isaac Newton yang memberitahu kita bahawa cahaya merupakan satu partikel dan bukannya satu paket energy ( wave packet ) dan ianya bergerak dalam keadaan luru . Untuk mengetahui kesasihannya , cuba kita mengambil sebatang lilin dan diantara lilin tersebut kita meletakkan dua keping kadbod berwarna hitam yang ditebuk lubangnya . Cahaya lilin akan terlihat sekiranya lubang-lubang tersebut selari dengan lilin tersebut . Walaubagaimanapun , idea tersbut tidak boleh digunapakai untuk menerangkan kesan inteferens yang terjadi dalam ekskperimen "Yound Double Slit '' kerana melalui eksperimen tersebut , jika dilihat dengan teliti , cahaya akan terpampang di skrin disebalik "doble slit tersebut " dan ini menimbulkan satu persoalan , sekiranya cahaya bergerak lurus bagaimana ia membentuk paparan di skrin dalam erti kata yang lain tidak mungkin cahaya adalah  partikel . Persoalan ini merupakan asas binaan kepada Mekanik Kuantum yang menerangkan situasi kenapa keadaan sebegitu rupa boleh terjadi . 



Pada tahun 1927, berlaku satu perjumpaan ahli fizik di Brussel (Solvay Conference) yang mana mereka membincangkan penjelasan mengenai zarah-zarah dunia sub-atomik. Terdapat dua pihak yang bertelagah, iaitu satu pihak yang diwakili oleh Albert Einstein yang menyatakan tidak mungkin zarah ber"kemungkinan" sahaja berada disuatu tempat, Neils Bohr yang mewakili sebelah pihak lagi mengemukakan pendapatnya bahawa secara matematiknya itulah sifat atau kelakuan zarah-zarah didalam atom. Satu ungkapan Einstein yang amat popular dalam perdebatan mereka adalah "Tuhan tidak bermain dadu", Bohr pula membalas "Einstein, berhenti memberitahu tuhan apa yang patut dilakukan".

Berbeza dengan falsafah fizik klasik yang mana semua kehidupan didunia ini adalah berlandaskan 3 hukum gerakan Newton (Newton Law Of Motion) yang mana semua kejadian boleh diramalkan, ini tidak berlaku didalam dunia sub-atomik yang mana hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang boleh dikira. Jika kita kaitkan konsep ini didalam kehidupan sehari-harian, tiada apa yang pasti, semua hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang ianya boleh dan akan berlaku. Malah jika kedudukan zarah diketahui, kita tidak boleh mengira momentum zarah tersebut, begitu juga sebaliknya.

Lihat kehidupan yang kita lalui ini, nampaknya seolah-olah ianya juga sebegitu jika kita samakan ianya dengan dunia sub-atomik, dunia seolah-olah tiada kepastian, hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja, jadi jika tiada kepastian, dari mana pula datangnya takdir? Sebab itu Albert Einstein tidak dapat menerima kenyataan Neils Bohr kerana baginya tuhan tidak menjadikan dunia ini seperti suatu perjudian. 








No comments:

Post a Comment